Tuesday, April 7, 2015

Pengumuman Pemenang Segmen Kisahati Wanie

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi kesihatan dan kesempatan untuk menulis di blog picisan ini..
InsyaAllah malam ni Wanie akan umumkan pemenang untuk segmen Kisahati Wanie..
Sebelum tu, jutaan kemaafan wanie pohon atas kelewatan Wanie untuk umumkan pemenang..

Baiklah, setelah diundi menggunakan pakcik random, pemenang bertuah untuk segmen pertama wanie ini ialah peserta bernombor:

14
6
17

Tahniah diucapkan kepada pemenang..
Jutaan terima kasih buat semua yang setia menyokong blog wanie dari dahulu sehingga kini..

Pemenang bertuah akan mendapat hadiah seperti berikut:


frame gambar
1× 3 pemenang


fridge magnet
1×3 pemenang

Oleh itu, pemenang yang bertuah perlulah memberikan details seperti berikut ke alamat emel wanie:

Nama-
Alamat-
No penyertaan-

kepada-wanienorniwaniebintinasarudin@yahoo.com

Opss sorie,alamat emel terlampau panjang..hihi..

Senarai peserta boleh disemak di SINI

Wassalam..








Wednesday, April 1, 2015

Maaf atas Kesulitan

Assalamualaikum..

Image result for maaf

Di sini Wanie ingin mengucapkan jutaan kemaafan atas kesulitan dan kelemahan wanie dalam ,menguruskan segmen yang wanie anjurkan.. 
Kalau dikutkan, sepatutnya semalam wanie dah umumkan senarai pemenang..
Tapi keadaan tak mengizinkan..
Sebabnya, dah beberapa hari wanie tak sihat..
Komitmen terhadap blog juga terabai..
Blogwalking pun dah kurang..
Updates entri kelaut..
T_T

Wanie minta maaf sangat-sangat..
InsyaAllah, bila keadaan beransur pulih,
Bila wanie dah sihat macam biasa,
wanie akan umumkan pemenang beserta hadiah sekali..
Maaf sangat2 di atas kesulitan yang berlaku..
yang mana wanie berhutang BW tu, insyaAllah bila dah sihat wanie akan ke blog korang semua..
ni pun gigih jugak up entri..
kalau ikutkan memang nak BW selalu, tapi kena banyak rehat..
takut kesihatan semakin menjejaskan..

Hopefully, korang tak lupa wanie..
Thanks !

Wassalam...

Tuesday, March 31, 2015

Segmen Follow Back Kisahati Wanie

Assalamualaikum..

*Sticky post, sila scroll ke bawah untuk entri berikutnya..^^


Untuk pengetahuan semua, blog lama wanie telah diserang virus..
Huwarghh...
Sedih tak terhingga..
Untuk itu, Wanie minta jasa baik semua, untuk join segmen ni, untuk bantu Wanie dapatkan follower yang lama..
Hari ni sampai rasa nak demam, sebab sedih sangat dah hilang follower..
Blog dah jadi zero semula..
Follower langsung dah takde..

Semangat nak berblog pun macam dah takde..
Rasa macam nak give up pun ada..
Jadi, Wanie minta sangat jasa baik kawan-kawan untuk support Wanie terus berblog..
Wanie janji akan follow back..
InsyaAllah..
Please support me..
Tak sanggup nak berhenti berblog..T_T

Syarat segmen ni macam biasa..
1). Follow blog kisahatiwanie.blogspot.com
2). Buat entri "Segmen follow back Kisahati Wanie"
3). Tampal banner ni dan backlink kan ke entri ni
4). Komen dan pastekan url entri dalam ruangan komen dalam entri ni.
5). Jangan lupa mention korang follower ke berapa

Terima kasih kepada yang sudi support Wanie
Segmen berlangsung sehingga 31 March 2015
Keputusan akan diumumkan pada 1 April 2015 insyaAllah..

3 hadiah misteri untuk pemenang bertuah..

Wassalam..

Sunday, March 29, 2015

Master by coursework or research?

Assalamualaikum....


Wanie yakin, pasti ada adik-adik,kakak atau abang di luar sana akan terfikir-fikir apa kelebihan atau perbeza kedua-dua jenis master iaitu master by coursework (kerja kursus), atau master by research (penyelidikan). Sebabnya masa wanie mula-mula nak sambung master dulu pun ada confius banyak tentang perkara ni..banyak tau,bukan sikit..huhu...jadi bila dah melaluinya, wanie nak berkongsi la dengan sesiapa saje yang sedang mencari maklumat tentang perkara ni..

firstly, master by coursework tu macam mana? baiklah,master secara kerja kusrsus memerlukan pelajar menghadiri kelas macam biasa..terdapat jumlah jam kredit tertentu untuk diambil based on universiti tersebut la..selain tu,kalau kat ukm ni,student perlu menyiapkan final projek, mini tesis/penyelidikan..maknanya kena attend kelas dan buat tesis juga..tapi tesis tu xseberat tesis bagi pelajar yang buat penyelidikan..Dari segi penilaian pula, ia bergantung kepada universiti,fakulti atau program juga..Kalau pusat pengajian wanie,penilaian untuk master kerja kursus adalah berdasarkan tugasan/assigment dan tesis. Takde exam, so yahoo...hehe.. Tempoh masa untuk master mod kerja kursus ni dalam 1-2 tahun.

Ok,kalau master penyelidikan pula?
Master by research (penyelidikan) memerlukan pelajar membuat kajian secara mendalam..bagi master mod ini,kelas yang perlu attend cuma 2 je iaitu Penulisan Akademik dan Metodologi Penyelidikan..ni based on universiti masing2 jugak..selain itu,pelajar juga perlu menerbitkan sekurang-kurangnya 1 jurnal (kalau PHD 2 jurnal). Biasanya tempoh untuk master mod ini adalah 2 tahun..kebiasaaanya lah..doakan wanie dapat konvo dalam masa 2 tahun.. Selain tu,untuk viva (exam oral) yang menilai tesis ada 2 penilai iaitu penilai dalaman dan penilai luar..Jadi bagi pelajar yang buat master penyelidikan, kena betul2 paham, fokus dengan penyelidikan yang dibuat..sebab masa viva nanti kena defend kajian yang dibuat..

Sebenarnya ada lagi 1 mod pengajian untuk master iaitu mix mod atau mod campuran..tapi wanie kurang arif tentang mod campuran ni jadi xdapatlah nak share..yang pastinya,mix mode kena attend kelas dan buat tesis..tapi tesis yang dihadilkan kena lebih mendalam la daripada tesis kerja kursus..

Ok,nak tahu apa kelebihan kekurangan kedua-dua mod ni?wanie akan share dalam entri akan datang..sebabnya kalau share dalam 1 entri nanti panjang berjela-jela pula..

                                             Wassalam..


Wednesday, March 25, 2015

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum..

boleh terima lagi tak entri hari Rabu?
20 minit je lagi nak masuk hari khamis..hehe...


ok, siapa tahu apa ni?
cuba teka..
hehehh...

wassalam.. ^^

Tuesday, March 24, 2015

Bendera Daerah-daerah Johor

Assalamualaikum..

hai...setiap negeri mesti ada bendera masing-masing kan?
pulak tu setiap daerah pun ada bendera yang tersendiri..
oklah, disebabkan anak jati Johor, Wanie nak share bendera daerah-daerah Negeri Johor..


ok, bendera daerah mana paling smart bagi korang? ^^

Wassalam..

Monday, March 23, 2015

Updates Senarai Penyertaan Segmen KisaHati Wanie

Assalamualaikum...

Berikut merupakan senarai peserta a.k.a blogger yang join dan support segmen Wanie..

Minta peserta semak no penyertaan. Bagi mana-mana peserta yang tiada link penyertaan di bawah, boleh inform wanie ok?

1.  http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
2.   http://www.blogparihh.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
3.   http://izzeyda.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
4.   http://thesoutheastasiangirl.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
5.   http://macikzkonah.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
6.   http://www.ayuinsyirah.my/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
7.   http://afidahazmi88.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
8.   http://duniazumal.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
9.   http://wanariahamiza.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
10http://harithiskandar.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
11.  http://kieyrah97.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
12.  http://adna2029.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html  
13.  http://cikcandysour.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
14.   http://mama3farhanah.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
15.   http://thestoryofyayalife.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
16.   http://firzanahazhar1.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
17.   http://myownlifemyself.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
18.   http://mateyad.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
19.   http://zarachingu.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html?m=1
20.   http://mummysupplementshop.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
21.   http://cahayanurlight.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
22.   http://sigilerceloteh.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
23.   http://syahirahvaliant.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
24.   http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
25.  http://cikmatahariku.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
26.   http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
27.   http://husnamalek.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
28.   http://afzanyz87.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
29.   http://duniamrsrongoks.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
30.   http://huhahuhajerr.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
31.   http://nokuchemong.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
32.   http://jombercontest.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
33.   http://ohresepiku.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
34.   http://alongwawaerna.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
35.   http://ceritaejoy.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
36.    http://www.vitaminuntuksemua.my/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
37.    NEXT?

Terima kasih wanie ucapkan kepada blogger yang menyokong segmen Wanie ni..Bagi yang masih belum join, anda masih sempat untuk berbuat demikian..hehehh...Thanks dear.. i'm really appreciate it!

                                                             Wassalam...

Sunday, March 22, 2015

Rumah ada penunggu?

Assalamualaikum...

Image result for rumah berhantu

Siapa pernah ada pengalaman kena ganggu dekat dalam rumah sendiri, atau rumah yang baru korang diami? Sebenarnya, Wanie baru je menyewa dekat rumah di Bangi berdekatan UKM. Nak kata baru tu takdelah baru sangat, dalam bulan 1 jugaklah wanie mula menyewa dekat situ.

Wanie tinggal situ bersama dengan 3 orang housemate Wanie yang lain. Masing-masing baru habis buat master dekat UKM jugak. Memandangkan Wanie buat master by research, jadi wanie rasa lagi senang duduk luar daripada tinggal dalam UKM.. bila dikira-kira balik pun yuran pun menyewa luar memang jauh lebih murah.. Sejak wanie tinggal situ, wanie takdelah rasa apa-apa yang pelik sangat. Tapi wanie pelik kenapa lah housemate wanie yang lain ni takut sangat bila kena tinggal sorang-sorang kat rumah..Macam ada something wrong somewhere. Wanie takdelah nak kata besar, nak kata diorang penakut tu tak, cuma wanie rasa pelik..sebab wanie pernah tinggal sorang-sorang kat rumah ni sebab masa tu masing-masing ada hal dekat kampung.

Sampailah pada satu masa ni, kitorang bertiga duk berkumpul borak-borak petang. Sorang daripada housemate wanie ni tengah dengar ceramah dekat youtube. Then dia pun sharela tanda-tanda rumah didiami jin/berhantu macam tu. Masa tu lah terbongkarnya rahsia yang mana housemate wanie ni rupanya pernah dengar atau alami benda-benda pelik kat dalam rumah... Omaigodd..bukan sorang tapi semua..maklumlah diorang lebih awal duduk rumah tu..kira wanie ni orang baru lah. Housemate wanie nie kata, menurut ustaz tersebut, rumah tu ada gangguan kalau ada dengar bunyi orang mengetuk/ tumbuk sambal, bunyi sorong kerusi, bunyi guli, dan sebagainya.Yang lebih menakutkan, semua tu housemate wanie pernah dengar.. Patutlah memasing takut duduk sorang-sorang..huhu

Maka sejak dari hari itu, mulalah kisah seram kat rumah tu. Macam-macam yang wanie dengar. Tak dapat tidur. rasa macam  ada benda mengelilingi kami. Sampailah pada satu malam tu, wanie terbangun tidur sebab terkejut dengar ada benda jatuh..kuat yang amat!! tak sangka, bila wanie buka mata, housemate wanie pun terjaga sebab dengar benda yang sama.. Ya Allah, istigfar panjang, mula baca apa-apa ayat yang patut..Masa tu dah pukul hampir 3 pagi..macam pelik sangat rasa..bnda jatuh tu rasa dekat sangat macam dalam bilik kami! huhu..

Kalau nak dicerita, banyakkk sangat lagi kami kena ganggu..Rumate wanie siap nampak ada 1 lembaga duduk depan toilet..opss sorie, entri ni tidak berniat nak takutkan siapa-siapa...Sejak kami digangu teruk, memang tak pernah miss baca yassin kat rumah + buka ayat-ayat Al-Quran sepanjang masa. Ada juga pernah nak panggil ustaz tenggokkan tapi sampai sekarang belum berkesempatan lagi..

Benda-benda ni semua wujud, jangan cakap besar, jangan kata tak percaya and so on..Sebabnya dia memang ada..Minta dijauhkan dari terus mengganggu kami..Yelah, kami pun tak tahu asal-usul rumah tu macam mana, apa cerita disebaliknya..Tak pernah pulak nak kaji itu semua..memag silap kami juga barangkali..Korang pernah ada pengalaman diganggu?atau apa-apa nak share? Jom kongsikan..

                                                Wassalam..

FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH

Assalamualaikum..

Haruslah support segmen mama! 
wanie join untuk kali kedua..
sebab link blog yang sebelum ni dah tak valid kan..


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Jom la join beramai-ramai..
Meriah tau segmen ni..
Ramai dah join..

Wassalam..

Saturday, March 21, 2015

IOI City Mall : District 21

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu semua!

Macam biasalah, hari minggu ni masa banyak dihabiskan bersama keluarga...maklumlah hari biasa masing-masing sibuk bekerja..Kalau yang belum berkeluarga macam wanie ni,masa dihabiskan dengan kawan-kawan..

Sebenarnya dah lama dah orang-orang duk ceghita pasal IOI City Mall Putrajaya ni,maklmulah baru buka kan..yang Wanie pulak, baru tadi berkesempatan pergi..rupanya dekat je dari bangi ni, dalam 15m je camtu..

Dalam banyak-banyak perkara yang ada dalam tu, wanie tertarik dengan District 21..tak pastilah level berapa tapi tempat tu memang best..District 21 ni merupakan tempat beriadah, dan buat macam-macam aktiviti lasak..



Ok, nampak tak..yang kat atas tu litar untuk flying fox, hujung sana ada rock climbing, dan macam-macam lagi..


Tu, ada seorang tangah naik flying fox..bestnyaa..hehe...tapi wanie takut nak naik..hehe


Mainan untuk budak-budak pun ada..


Berhadapan dengan District 21 ni ada pulak tempat untuk bermain ice skating..
Memang ramai yang join.

Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti dalam District 21 ni,tapi Wanie tak dapat nak ambil gambar,sebab tak boleh masuk..Yang boleh masuk dalam just orang yang dah bayar dan nak join aktiviti dalam tu..disebabkan Wanie tak bercadang nak main, so tengok dari luar jelah..untuk fee,wanie tak pasti pulak..sebab masa ni tengah lapar sangat tak sabar nak cari tempat makan..hehehh...

Apa yang penting tempat ni memang best..sebab banyak aktiviti atau mainan boleh main..untuk yang dah datang dengan keluarga dan anak-anak,memang sesuai untuk join aktiviti kat sini..

oklah, dah penat siang tadi berjalan-jalan..nak masuk tidur dulu..sebelum tu nak bw jap...wassalam...night!

Thursday, March 19, 2015

Entri di laman pertama google search

Assalamualaikum..

Nak cerita tentang taktikal atau teknikal dalam dunia internet ni memang tak pandai lah..
Mungkin dalam proses belajar lagi..
Tak rugi pun tambah ilmu baru, macam-macam mengenai carian google..

Ceritanya semalam, bila wanje nak search sesuatu dekat google, tiba-tiba keluar google + sendiri..
Lepas tu wanie pun cuba-cuba taip keyword beberapa entri yang pernah wanie post..
Tengok-tengok ada dalam laman pertama google search..
Antaranya...


Entri Tips Pelajar Cemerlang

Ok, sebenarnya saja nak kongsi..Kalau nak berkongsi tips camne nak dapatkan organik traffik tu memang tak pandai lagi la..
Luaskan ilmu di dada dahulu, lepas tu nanti boleh share..hehe

Wassalam.. ^^


Menu breakfast

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua..
Korang dah ambil breakfast lom arini?
Jangan tak breakfast taw,penting..


Ok,ni menu breakfast wanie yang betul-betul fast la nak siapkan..hehehh..
Roti bakar + air milo..
simple!
Asalkan dapat alas perut sementara menunggu waktu lunch..

Hari Jumaat yang mulia ni,kita buka lembaran baru, wanie dengan blog yang baru..huhu
Semoga semuanya lebih baik dari sebelumnya..

Wassalam..


Maaf, blog masih dalam pembikinan..

Assalamualaikum...

Kalau ada yang sedar, blog lama wanie dah kena virus..
dan sekarang, Wanie sedang dalam usaha nak buat blog baru..
Allahu, kalau ikutkan hati rasa nak give up je..
Yelah, kena mula dari awal balik..
Dari ZERO follower...
Sedihnyaa..
Hmm..nak buat macam mana kan..

Harap ada lah yang masih sudi nak follow semula blog Wanie ni..
Terima kasih sangat-sangat..
Jasa anda dihargai..

Wassalam...

Piala FA: Selangor vs Terengganu

Assalamualaikum..

Malam tadi, bertempat di stadium Shah Alam telah berlangsunya perlawanan piala FA antara Selangor dan Terengganu. Yang bestnya,semalam Wanie dapat tonton secara live perlawanan tersebut..waa...memang teruja..hee

Disebabkan kawan wanie yang berlanja tiket tu orang Terengganu,jadi Wanie pun akur untuk menjadi penyokong Terengganu untuk perlawanan semalam.. ^^

Tiket perlawanan

 Stadium Shah Alam dari luar

Antara penyokong tegar Terengganu

Pemandangan dari luar stadium..penyokong sedang menunggu untuk masuk stadium



Jualan mafla, dan jersi2 Terengganu dan Selangor

Ni antara pemandangan di luar stadium..sebelum masuk, semua penyokong diperiksa satu-persatu bagi memastikan tiada yang membawa barangan larangan dan membahayakan..Biasalah kadang-kadang peminat kalau dah fanatik macam2 boleh jadi. Lepas dah masuk stadium, kami solat maghrib dahulu.Alhamdulillah,surau perempuan sangat selesa..Maklumlah,berapa orang je perempuan..Lainlah lelaki,memang berpusu-pusu masuk surau..



Ni pula pemandangan dalam stadium..Boleh tahan ramai jugakla penyokong terengganu dan selangor yang datang..

Perlawanan semalam telah dihadiri seramai 14220 penyokong..boleh tahan ramai jugakkan.. Selangor mendahului dengan mata 1-0 sampai ke minit terakhir perlawanan..yang bestnya,pada minit ke 89 Terengganu menyamakan kedudukan..masa tu dah fikir terengganu kalah dah..bila dah seri,ada masa tambahan lah selama 30m..Tak sangka,terengganu dapat sumbat lagi 2 gol.. 

Perlawanan semalam dimenangi oleh Terengganu..3-1.. Masa gol pertama tu, semua orang bangun nak melompat excited..wanie pun excited tapi dalam hati behave Wanie behave..awak tu perempuan...so just tepuk2 tangan kuat2 lah.mhehe...

Last but not least,mesti ada tangkap gambar kan..macam biasalah,kenangan,nak masukkan dalam blog...^^


Nampak tak,wanie pakai baju hitam putih,kira ikut tema jugaklah kan..hehe..
kata penyokong terenggnu..tapi semalam jelah..hee

Ok, apa yang wanie boleh katakan ialah tengok bola kat stadium memang best! tu sebab pasukan yang wanie sokong menang kot..tapi memang best la..next time kalau kawan wanie ajak lagi memang takkan tolak..lagi2 kalau jdt yang lawan..opss..Anak jati Johor la katakan...

p/s - Maaflah entri ni agak panjang sedikit..Kalau ikutkan hati yang suka membebel dan berceloteh, bole jadi panjang lagi entri ni..hehehh..

Wassalam

Wednesday, March 18, 2015

5 Tips Pelajar Cemerlang

Assalamualaikum..

Image result for pelajar cemerlang

Tips Pelajar Cemerlang

Alhamdulillah, hari ni Wanie nak berkongsi sedikit pengalaman dan tips untuk jadi pelajar cemerlang a.k.a best student! cewahh..bukan kata bagus, tapi semua orang boleh kongsi apa yang pernah dialami lagi-lagi kalau boleh bawa kebaikan kepada orang lain..
Sebagai pelajar, semua orang pasti mengimpikan untuk jadi yang cemerlang.. Bukan sebagai pelajar sahaja, malahan sebagai pekerja cemerlang, guru cemerlang, ibu dan bapa cemerlang dan semua la yang cemerlang!

Antara tips tersebut ialah:

1). Betulkan niat
Apa-apa pun yang kita buat, mesti dimulakan dengan niat..dan sebelum belajar, kita mesti niat kerana Allah, dan apa-apa pun la asalkan perkara yang baik..Macam wanie dulu, selain kerana Allah, Wanie niat belajar untuk tambah ilmu dan bantu mak ayah bila dapat kerjaya bagus nanti..insyaAllah..

2). Cari, kenal dan jumpa senior
Masa Wanie tengah buat BA dulu, alhamdulillah, Wanie diperkenalkan oleh seseorang, dengan senior Wanie yang juga pelajar cemerlang batch dia.. Alhamdulillah, bila dah kenal, macam-macam lah yang wanie timba, tanya macam-macam tentang subjek, nota, buku rujukan tips dan macam-macam..Alhamdulillah, dia banyak membantu.. Orang tak cari kita, tapi kita yang kena cari orang untuk dapatkan sesuatu yang bermanfaat.

3). Bahagi masa
Sebagai seorang pelajar, pada Wanie, kita tak salah nak buat perkara yang kita suka asalkan tahu batasnya. Tapi apa yang paling penting sekali mesti pandai bahagi masa.. Boleh nak suka-suka, tapi assigment kena siap, mesti prepare sebelum mula kelas, dan tahu apa yang kena buat dari masa ke masa. Macam MPHIL ni, Wanie dah start buat timeline sebelum mula semester lagi, supaya Wanie tahu, bila due untuk Wanie siapkan satu-satu perkara tersebut.

4). Kongsi ilmu 
Tak dinafikan, masa Wanie degree/ BA dulu, Wanie selalu jadi tempat rujukan kawan-kawan untuk sama-sama berbincang mengenai subjek-subjek yang susah. Kita kena paham, tahap pemahaman seseorang tak sama, masing-masing ada kelebihan tersendiri, dan percayalah, lagi banyak kita share dengan kawan-kawan, lagi bertambahlah pemahaman kita terhadap sesuatu perkara tu..Ilmu tak guna kalau tak diamalkan..dan Wanie rasa sangat-sangat gembira bila kawan wanie paham apa yang wanie terangkan..wahh..puas hati, alhamdulillah sukaaa sangat...rindu moment tu..jangn fikir, bila kita kongsi ilmu, orang lain akan lebih paham, lagi pandai dari kita..tak..cubalah, nanti anda akan dapat merasainya.

5). Jaga hubungan baik dengan Allah dan manusia
Tak guna juga kalau jadi best student tapi orang tu tak suka, orang ni tak suka, kita pun tak selesa. Kalau boleh, berbaik dengan semua orang, wujudkan persekitaran yang positif. Nak belajar pun senang.. dan yang paling penting, jaga hubungan baik dengan Allah, dan ibu bapa..Redha Allah terletak pada redha ibu bapa..Sentiasalah minta mereka mendoakan kejayaan kita (bagi yang masih ada).. InsyaAllah, perjalanan sebagai seorang pelajar akan Allah permudahkan.
Kalau nak cerita semua, banyakkk lagi tips untuk jadi pelajar cemerlang.. Alhamdulillah, tak cemerlang mana pun, tapi wanie dapatlah bergraduate sebagai pelajar kelas pertama..Alhamdulillah..Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat..InsyaAllah..

                                               Wassalam..

Tuesday, March 17, 2015

Ulser Mulut

Assalamualaikum..

Image result for ulser

Ulser Mulut

Biasa dengar ulser mulut? Kalau orang Jawa macam wanie ni biasanya panggil lumpangen. Ulser mulut ni adalah luka yang terdapat pada sekitar mulut (bahagian dalam). Ulser mulut ni bukan penyakit, tapi merupakan petanda kepada sakit-sakit yang lain (sumber laman Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebenarnya sejak dua tiga hari lepas wanie rasa tak selesa, macam sakit bahagian dalam mulut ni...bahagian dalam bibir.. Mula-mula macam kecil je tapi lama-lama jadi semakin besar. Sebab tu lah wanie pun pergilah google, nak cari punca sakit ulser mulut ni. Biasanya kita akan kata ulser mulut terjadi sebab kurang minum air, panas dalam, dan sewaktu dengannya, betul?

Bila tengok dekat lama web kementerian Kesihatan, rupanya ulser mulut ni boleh terjadi oleh beberapa sebab tertentu:

i). Ulangan
Bermakna ulangan dari ulser yang pernah kena sebelum ni

ii). Kecederaan.
Kecederaan ini termasuklah tergigit, pendakap gigi yang tidak sempurna, tampalan yang tajam dan sebagainya.

iii). Lain-lain sebab
Selain daripada punca di atas, ulser mulut juga boleh terjadi disebabkan oleh barah dan ubat-ubatan. Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit sistemik (penyakit berkaitan darah contoh leukemia dan anemia) dan juga jangkitan virus.

Ok, sebenarnya Wanie tak sangka lah serius juga ulser mulut ni..selama ni macam pandang ringan je..Alah, tak ama lagi ok lah tu...Bila dah tahu punca, kena ambil serius lah.. Kalau lagi dua atau tiga hari still tak ok, kena jumpa doc..tapi takutt..huhu..

Wassalam...