Assalamualaikum...
Siapa pernah ada pengalaman kena ganggu dekat dalam rumah sendiri, atau rumah yang baru korang diami? Sebenarnya, Wanie baru je menyewa dekat rumah di Bangi berdekatan UKM. Nak kata baru tu takdelah baru sangat, dalam bulan 1 jugaklah wanie mula menyewa dekat situ.
Wanie tinggal situ bersama dengan 3 orang housemate Wanie yang lain. Masing-masing baru habis buat master dekat UKM jugak. Memandangkan Wanie buat master by research, jadi wanie rasa lagi senang duduk luar daripada tinggal dalam UKM.. bila dikira-kira balik pun yuran pun menyewa luar memang jauh lebih murah.. Sejak wanie tinggal situ, wanie takdelah rasa apa-apa yang pelik sangat. Tapi wanie pelik kenapa lah housemate wanie yang lain ni takut sangat bila kena tinggal sorang-sorang kat rumah..Macam ada something wrong somewhere. Wanie takdelah nak kata besar, nak kata diorang penakut tu tak, cuma wanie rasa pelik..sebab wanie pernah tinggal sorang-sorang kat rumah ni sebab masa tu masing-masing ada hal dekat kampung.
Sampailah pada satu masa ni, kitorang bertiga duk berkumpul borak-borak petang. Sorang daripada housemate wanie ni tengah dengar ceramah dekat youtube. Then dia pun sharela tanda-tanda rumah didiami jin/berhantu macam tu. Masa tu lah terbongkarnya rahsia yang mana housemate wanie ni rupanya pernah dengar atau alami benda-benda pelik kat dalam rumah... Omaigodd..bukan sorang tapi semua..maklumlah diorang lebih awal duduk rumah tu..kira wanie ni orang baru lah. Housemate wanie nie kata, menurut ustaz tersebut, rumah tu ada gangguan kalau ada dengar bunyi orang mengetuk/ tumbuk sambal, bunyi sorong kerusi, bunyi guli, dan sebagainya.Yang lebih menakutkan, semua tu housemate wanie pernah dengar.. Patutlah memasing takut duduk sorang-sorang..huhu
Maka sejak dari hari itu, mulalah kisah seram kat rumah tu. Macam-macam yang wanie dengar. Tak dapat tidur. rasa macam ada benda mengelilingi kami. Sampailah pada satu malam tu, wanie terbangun tidur sebab terkejut dengar ada benda jatuh..kuat yang amat!! tak sangka, bila wanie buka mata, housemate wanie pun terjaga sebab dengar benda yang sama.. Ya Allah, istigfar panjang, mula baca apa-apa ayat yang patut..Masa tu dah pukul hampir 3 pagi..macam pelik sangat rasa..bnda jatuh tu rasa dekat sangat macam dalam bilik kami! huhu..
Kalau nak dicerita, banyakkk sangat lagi kami kena ganggu..Rumate wanie siap nampak ada 1 lembaga duduk depan toilet..opss sorie, entri ni tidak berniat nak takutkan siapa-siapa...Sejak kami digangu teruk, memang tak pernah miss baca yassin kat rumah + buka ayat-ayat Al-Quran sepanjang masa. Ada juga pernah nak panggil ustaz tenggokkan tapi sampai sekarang belum berkesempatan lagi..
Benda-benda ni semua wujud, jangan cakap besar, jangan kata tak percaya and so on..Sebabnya dia memang ada..Minta dijauhkan dari terus mengganggu kami..Yelah, kami pun tak tahu asal-usul rumah tu macam mana, apa cerita disebaliknya..Tak pernah pulak nak kaji itu semua..memag silap kami juga barangkali..Korang pernah ada pengalaman diganggu?atau apa-apa nak share? Jom kongsikan..
Wassalam..
omaigodd seramnyaa. wani baru2 ni pun rumah family yad kena benda yang sama, bunyi barang jatuh kuat sangat dari atas almari, sekali tengok takde pape. huhu. ape kate pasang surah ruqyah, banyak manfaatnye. Mungkin boleh membantu..
ReplyDeleteowhh..ayat ruqyah ye..tak tahu pulak wanie..terima kasih taw..sebelum ni tahu surah al-mulk..terima kasih banyak2..
DeleteBenda2 mcm ni mmg wujud & dlm Quran pun bnyk diceritakan. Apa yg penting kita mohon perlindungan Allah sentiasa. In shaa Allah, klu sembahyang benda2 ni tak berani kacau. Arwah atuk saya selalu baca surah Al Mulk tiap2 minggu katanya buat pendinding makhluk halus jahat. Klu org berniat jahat nak pecah rumah pun tak berjaya.. cubalah. Ayat Rukyah pun mmg bagus juga. Pendek kata selagi ayat2 yg dtgnya dari Al Quran in shaa Allah lah...
ReplyDeleteAlhamdulillah,sejak kami tak tinggal baca al-Quran lepas solat, gangguan tu macam dah berkurangan...dah tak rasa apa-apa yang seram sangat..betul,surah al-Mulk memang bagus sebagai pendinding...sama sekolah asrama dulu hari2 baca..
DeleteUmah kalau dibiarkan kosong melebehi 3 bulan.Memang akan ada benda mistik ni.
ReplyDeletehuhu..tulah kalau boleh jangan biarkan rumah kosong lama-lama kan..
DeleteTahun 2002 dulu pernah gak kena gangguan sebab kami baru pindah rumah. Rumah tu kosong dalam setahun gak...
ReplyDeleteowhh yekee...pastu Zumal buat camne ye?
Deletebenda ni lagi kita takut dengan dia, lagi dia suka.tapi at the same time kita tak boleh cakap besar.yakin pada Allah..takde kuasa lagi besar dari tu
ReplyDeletebetul tu kak Sal, yang tu wanie setuju...senang kata jangan terlalu takut, jangan terlalu berani...so so je,yakin dengan Allah...
Deleteusihhh menakutkan . setakat ni tak pernah alami lagi menda2 mistik ni
ReplyDeleteAlhamdulillah Parih..akak dah selalu sejak zaman sekolah..huhu..
DeleteSalam . Hee cuba mainkan ayat2 quran sepanjang masa. InsyaAllah.
ReplyDeleteinsyaAllah,mmg tu yang kami sedang lakukan sekarang...
DeleteSetakat ni lya x pernh lgi mrasai do gngu bnda2 mcm, minta2 di jauhkn la
ReplyDeletealhamdulillah lya,moga dijauhkan la benda2 camni..kita tahu dia ada, tapi bia dia ngan dunianya,dan kita ngan dunia kita..
Deleteokay tak baca sampai habis.. sebab sekarang pukul 2 pagi..
ReplyDeleteneeeehi neeehi..
seram!!!
ReplyDeleteseram bulu roma baca cite wani ni.
ReplyDeletemasa akak baru pindah masuk rumah ni, anak-anak akak asyik demam je.
berulang-ulang, bersilih-ganti.
sampailah bawak jumpa ustaz.
ustaz minta buat kenduri dan baca yasin dalam rumah tu.
alhamdulillah sampai sekarang takdak apa-apa