Assalamualaikum..
Malam tadi, bertempat di stadium Shah Alam telah berlangsunya perlawanan piala FA antara Selangor dan Terengganu. Yang bestnya,semalam Wanie dapat tonton secara live perlawanan tersebut..waa...memang teruja..hee
Disebabkan kawan wanie yang berlanja tiket tu orang Terengganu,jadi Wanie pun akur untuk menjadi penyokong Terengganu untuk perlawanan semalam.. ^^
Tiket perlawanan
Stadium Shah Alam dari luar
Antara penyokong tegar Terengganu
Pemandangan dari luar stadium..penyokong sedang menunggu untuk masuk stadium
Jualan mafla, dan jersi2 Terengganu dan Selangor
Ni antara pemandangan di luar stadium..sebelum masuk, semua penyokong diperiksa satu-persatu bagi memastikan tiada yang membawa barangan larangan dan membahayakan..Biasalah kadang-kadang peminat kalau dah fanatik macam2 boleh jadi. Lepas dah masuk stadium, kami solat maghrib dahulu.Alhamdulillah,surau perempuan sangat selesa..Maklumlah,berapa orang je perempuan..Lainlah lelaki,memang berpusu-pusu masuk surau..
Ni pula pemandangan dalam stadium..Boleh tahan ramai jugakla penyokong terengganu dan selangor yang datang..
Perlawanan semalam telah dihadiri seramai 14220 penyokong..boleh tahan ramai jugakkan.. Selangor mendahului dengan mata 1-0 sampai ke minit terakhir perlawanan..yang bestnya,pada minit ke 89 Terengganu menyamakan kedudukan..masa tu dah fikir terengganu kalah dah..bila dah seri,ada masa tambahan lah selama 30m..Tak sangka,terengganu dapat sumbat lagi 2 gol..
Perlawanan semalam dimenangi oleh Terengganu..3-1.. Masa gol pertama tu, semua orang bangun nak melompat excited..wanie pun excited tapi dalam hati behave Wanie behave..awak tu perempuan...so just tepuk2 tangan kuat2 lah.mhehe...
Last but not least,mesti ada tangkap gambar kan..macam biasalah,kenangan,nak masukkan dalam blog...^^
Nampak tak,wanie pakai baju hitam putih,kira ikut tema jugaklah kan..hehe..
kata penyokong terenggnu..tapi semalam jelah..hee
Ok, apa yang wanie boleh katakan ialah tengok bola kat stadium memang best! tu sebab pasukan yang wanie sokong menang kot..tapi memang best la..next time kalau kawan wanie ajak lagi memang takkan tolak..lagi2 kalau jdt yang lawan..opss..Anak jati Johor la katakan...
p/s - Maaflah entri ni agak panjang sedikit..Kalau ikutkan hati yang suka membebel dan berceloteh, bole jadi panjang lagi entri ni..hehehh..
Wassalam
Kitew pun suka jugak g tengok live ...Tapi kalau negeri suami kitew jer kitew pergi..
ReplyDeleteHarap negeri kitew tak tahu bila leh..Gomo kelate gomo..hehe
Suami afidah orang mana? hehe..peteh teganu peteh.. luaskan kuasamu Johor ! ^^
DeletePeteh Ganu Peteh tetiba Luaskan kuasamu Johor...hahaha
DeleteSuami kitew orang Kelate..
Kitew orang P.Pinang...
haha..sebab saya org johor afidah...kiki
DeleteAumm..Aum...Luaskan Kuasamu!! ihihi
DeleteSaya org terengganu... he he.
ReplyDeleteTapi semalam tak dapat tengok sebab keje part time sampai malam...
owh yeke..tahniah teganu menang..hihi..xpe2, kerja2, cari duit lebih..hee
Deleterajin nye g stadium...penyokong kuat ni...
ReplyDeletekawan saya penyokong kuat teganu..saya JDT..hiks ^^
DeleteWah, Wanie nie peminat bola sepak rupanya yer ^^
ReplyDeleteHaah Zumal, mmg minat..kalau world cup sanggup tengok match yang start kul 2/3 pagi tuh..hehe
DeleteSeronok jugak g tengk bola live. terasa meriah nyee. huhu
ReplyDeleteSerius! memang meriah sangat2..best sangat2..tapi yang tak bestnya xde rewind..kalau tengok kat tv kan dia ada ulang2 time gol atau dah nak gol kan..kalau kat stadium tak perasan, tahu2 dah gol!! haha.. ^^
Deletetetiba jadi penyokong terengganu ya.. hehehe..
ReplyDeleteehehee..tulah pasal..nasib baik menang..hehe
DeleteLama tak tengok bola live kat stadium mcm ni... lama betul dah rasanya huhu..
ReplyDeletelama rasa x pergi tengok live stadium ni
ReplyDeletefuiyooo Wanie.. tengok bola tu hihi.. CT tak pernah tngk live lagi..
ReplyDeletetngk kat tv pun tak pernah smpai abes.. tau update result je ehehe..
bestnya..tapi sis JM minat boleh gitew2 je
ReplyDeletesejak akak duk kelantan ni akak sokong team kelantan, heheh
ReplyDeleteharitu akak masuk stadium free je
mana menghilangnya kawan kita sorang ni
ReplyDelete