Wednesday, March 18, 2015

5 Tips Pelajar Cemerlang

Assalamualaikum..

Image result for pelajar cemerlang

Tips Pelajar Cemerlang

Alhamdulillah, hari ni Wanie nak berkongsi sedikit pengalaman dan tips untuk jadi pelajar cemerlang a.k.a best student! cewahh..bukan kata bagus, tapi semua orang boleh kongsi apa yang pernah dialami lagi-lagi kalau boleh bawa kebaikan kepada orang lain..
Sebagai pelajar, semua orang pasti mengimpikan untuk jadi yang cemerlang.. Bukan sebagai pelajar sahaja, malahan sebagai pekerja cemerlang, guru cemerlang, ibu dan bapa cemerlang dan semua la yang cemerlang!

Antara tips tersebut ialah:

1). Betulkan niat
Apa-apa pun yang kita buat, mesti dimulakan dengan niat..dan sebelum belajar, kita mesti niat kerana Allah, dan apa-apa pun la asalkan perkara yang baik..Macam wanie dulu, selain kerana Allah, Wanie niat belajar untuk tambah ilmu dan bantu mak ayah bila dapat kerjaya bagus nanti..insyaAllah..

2). Cari, kenal dan jumpa senior
Masa Wanie tengah buat BA dulu, alhamdulillah, Wanie diperkenalkan oleh seseorang, dengan senior Wanie yang juga pelajar cemerlang batch dia.. Alhamdulillah, bila dah kenal, macam-macam lah yang wanie timba, tanya macam-macam tentang subjek, nota, buku rujukan tips dan macam-macam..Alhamdulillah, dia banyak membantu.. Orang tak cari kita, tapi kita yang kena cari orang untuk dapatkan sesuatu yang bermanfaat.

3). Bahagi masa
Sebagai seorang pelajar, pada Wanie, kita tak salah nak buat perkara yang kita suka asalkan tahu batasnya. Tapi apa yang paling penting sekali mesti pandai bahagi masa.. Boleh nak suka-suka, tapi assigment kena siap, mesti prepare sebelum mula kelas, dan tahu apa yang kena buat dari masa ke masa. Macam MPHIL ni, Wanie dah start buat timeline sebelum mula semester lagi, supaya Wanie tahu, bila due untuk Wanie siapkan satu-satu perkara tersebut.

4). Kongsi ilmu 
Tak dinafikan, masa Wanie degree/ BA dulu, Wanie selalu jadi tempat rujukan kawan-kawan untuk sama-sama berbincang mengenai subjek-subjek yang susah. Kita kena paham, tahap pemahaman seseorang tak sama, masing-masing ada kelebihan tersendiri, dan percayalah, lagi banyak kita share dengan kawan-kawan, lagi bertambahlah pemahaman kita terhadap sesuatu perkara tu..Ilmu tak guna kalau tak diamalkan..dan Wanie rasa sangat-sangat gembira bila kawan wanie paham apa yang wanie terangkan..wahh..puas hati, alhamdulillah sukaaa sangat...rindu moment tu..jangn fikir, bila kita kongsi ilmu, orang lain akan lebih paham, lagi pandai dari kita..tak..cubalah, nanti anda akan dapat merasainya.

5). Jaga hubungan baik dengan Allah dan manusia
Tak guna juga kalau jadi best student tapi orang tu tak suka, orang ni tak suka, kita pun tak selesa. Kalau boleh, berbaik dengan semua orang, wujudkan persekitaran yang positif. Nak belajar pun senang.. dan yang paling penting, jaga hubungan baik dengan Allah, dan ibu bapa..Redha Allah terletak pada redha ibu bapa..Sentiasalah minta mereka mendoakan kejayaan kita (bagi yang masih ada).. InsyaAllah, perjalanan sebagai seorang pelajar akan Allah permudahkan.
Kalau nak cerita semua, banyakkk lagi tips untuk jadi pelajar cemerlang.. Alhamdulillah, tak cemerlang mana pun, tapi wanie dapatlah bergraduate sebagai pelajar kelas pertama..Alhamdulillah..Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat..InsyaAllah..

                                               Wassalam..

9 comments:

  1. Moga kita semua cemerlang di dunia dan akhirat ^-^

    ReplyDelete
  2. Alhamdullillah.
    Ada beberapa tips yang wanie bagi tu kitew pernah amalkan masa sekolah dulu.

    ReplyDelete
  3. Semoga student sekarang dapat praktikkan semua ni. Insyallah

    ReplyDelete
  4. Moga mnjdi panduan buat mereka yg memrlukn

    ReplyDelete
  5. boleh bagi tips nih kat anak2.. semoga mereka menjadi pelajar cemerlang..

    ReplyDelete
  6. inshaAllah . boleh cuba amalkan

    ReplyDelete
  7. bagus tips nih ..same to CT...no 2 sis JM x pernah buat..malu!

    ReplyDelete