Sunday, March 29, 2015

Master by coursework or research?

Assalamualaikum....


Wanie yakin, pasti ada adik-adik,kakak atau abang di luar sana akan terfikir-fikir apa kelebihan atau perbeza kedua-dua jenis master iaitu master by coursework (kerja kursus), atau master by research (penyelidikan). Sebabnya masa wanie mula-mula nak sambung master dulu pun ada confius banyak tentang perkara ni..banyak tau,bukan sikit..huhu...jadi bila dah melaluinya, wanie nak berkongsi la dengan sesiapa saje yang sedang mencari maklumat tentang perkara ni..

firstly, master by coursework tu macam mana? baiklah,master secara kerja kusrsus memerlukan pelajar menghadiri kelas macam biasa..terdapat jumlah jam kredit tertentu untuk diambil based on universiti tersebut la..selain tu,kalau kat ukm ni,student perlu menyiapkan final projek, mini tesis/penyelidikan..maknanya kena attend kelas dan buat tesis juga..tapi tesis tu xseberat tesis bagi pelajar yang buat penyelidikan..Dari segi penilaian pula, ia bergantung kepada universiti,fakulti atau program juga..Kalau pusat pengajian wanie,penilaian untuk master kerja kursus adalah berdasarkan tugasan/assigment dan tesis. Takde exam, so yahoo...hehe.. Tempoh masa untuk master mod kerja kursus ni dalam 1-2 tahun.

Ok,kalau master penyelidikan pula?
Master by research (penyelidikan) memerlukan pelajar membuat kajian secara mendalam..bagi master mod ini,kelas yang perlu attend cuma 2 je iaitu Penulisan Akademik dan Metodologi Penyelidikan..ni based on universiti masing2 jugak..selain itu,pelajar juga perlu menerbitkan sekurang-kurangnya 1 jurnal (kalau PHD 2 jurnal). Biasanya tempoh untuk master mod ini adalah 2 tahun..kebiasaaanya lah..doakan wanie dapat konvo dalam masa 2 tahun.. Selain tu,untuk viva (exam oral) yang menilai tesis ada 2 penilai iaitu penilai dalaman dan penilai luar..Jadi bagi pelajar yang buat master penyelidikan, kena betul2 paham, fokus dengan penyelidikan yang dibuat..sebab masa viva nanti kena defend kajian yang dibuat..

Sebenarnya ada lagi 1 mod pengajian untuk master iaitu mix mod atau mod campuran..tapi wanie kurang arif tentang mod campuran ni jadi xdapatlah nak share..yang pastinya,mix mode kena attend kelas dan buat tesis..tapi tesis yang dihadilkan kena lebih mendalam la daripada tesis kerja kursus..

Ok,nak tahu apa kelebihan kekurangan kedua-dua mod ni?wanie akan share dalam entri akan datang..sebabnya kalau share dalam 1 entri nanti panjang berjela-jela pula..

                                             Wassalam..


4 comments:

  1. Masa 2013 dulu ada lecturer zumal cadangkan suruh sambung master (coursework) tapi bila zumal dah terima surat tawaran, dia pulak pergi overseas... Masih tergantung nak sambung ke tak, berapa kali tangguh bila u call... Sebabnya zumal minta course lain ditawarkan course lain...

    ReplyDelete
  2. Membaca perkongsian Wanie ni buat saya terpanggil nak sambung belajar baliklah. Mungkin dlm tahun dpn atau satu lagi kot klu diizinkan. Teringin nak buat buku ttg pengkajian juga lah.. tp sebaiknya ada kelulusan yg lebih mantap kan.. Thanks sharing Wanie.. :)

    ReplyDelete
  3. oke mantap pula...salam..http://mazdhim.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. akak belajar sampai diploma jer
    tak sempat nak sambung belajar, sibuk nak kerja

    ReplyDelete