Thursday, March 19, 2015

Piala FA: Selangor vs Terengganu

Assalamualaikum..

Malam tadi, bertempat di stadium Shah Alam telah berlangsunya perlawanan piala FA antara Selangor dan Terengganu. Yang bestnya,semalam Wanie dapat tonton secara live perlawanan tersebut..waa...memang teruja..hee

Disebabkan kawan wanie yang berlanja tiket tu orang Terengganu,jadi Wanie pun akur untuk menjadi penyokong Terengganu untuk perlawanan semalam.. ^^

Tiket perlawanan

 Stadium Shah Alam dari luar

Antara penyokong tegar Terengganu

Pemandangan dari luar stadium..penyokong sedang menunggu untuk masuk stadium



Jualan mafla, dan jersi2 Terengganu dan Selangor

Ni antara pemandangan di luar stadium..sebelum masuk, semua penyokong diperiksa satu-persatu bagi memastikan tiada yang membawa barangan larangan dan membahayakan..Biasalah kadang-kadang peminat kalau dah fanatik macam2 boleh jadi. Lepas dah masuk stadium, kami solat maghrib dahulu.Alhamdulillah,surau perempuan sangat selesa..Maklumlah,berapa orang je perempuan..Lainlah lelaki,memang berpusu-pusu masuk surau..



Ni pula pemandangan dalam stadium..Boleh tahan ramai jugakla penyokong terengganu dan selangor yang datang..

Perlawanan semalam telah dihadiri seramai 14220 penyokong..boleh tahan ramai jugakkan.. Selangor mendahului dengan mata 1-0 sampai ke minit terakhir perlawanan..yang bestnya,pada minit ke 89 Terengganu menyamakan kedudukan..masa tu dah fikir terengganu kalah dah..bila dah seri,ada masa tambahan lah selama 30m..Tak sangka,terengganu dapat sumbat lagi 2 gol.. 

Perlawanan semalam dimenangi oleh Terengganu..3-1.. Masa gol pertama tu, semua orang bangun nak melompat excited..wanie pun excited tapi dalam hati behave Wanie behave..awak tu perempuan...so just tepuk2 tangan kuat2 lah.mhehe...

Last but not least,mesti ada tangkap gambar kan..macam biasalah,kenangan,nak masukkan dalam blog...^^


Nampak tak,wanie pakai baju hitam putih,kira ikut tema jugaklah kan..hehe..
kata penyokong terenggnu..tapi semalam jelah..hee

Ok, apa yang wanie boleh katakan ialah tengok bola kat stadium memang best! tu sebab pasukan yang wanie sokong menang kot..tapi memang best la..next time kalau kawan wanie ajak lagi memang takkan tolak..lagi2 kalau jdt yang lawan..opss..Anak jati Johor la katakan...

p/s - Maaflah entri ni agak panjang sedikit..Kalau ikutkan hati yang suka membebel dan berceloteh, bole jadi panjang lagi entri ni..hehehh..

Wassalam

21 comments:

  1. Kitew pun suka jugak g tengok live ...Tapi kalau negeri suami kitew jer kitew pergi..
    Harap negeri kitew tak tahu bila leh..Gomo kelate gomo..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami afidah orang mana? hehe..peteh teganu peteh.. luaskan kuasamu Johor ! ^^

      Delete
    2. Peteh Ganu Peteh tetiba Luaskan kuasamu Johor...hahaha
      Suami kitew orang Kelate..
      Kitew orang P.Pinang...

      Delete
    3. haha..sebab saya org johor afidah...kiki

      Delete
    4. Aumm..Aum...Luaskan Kuasamu!! ihihi

      Delete
  2. Saya org terengganu... he he.
    Tapi semalam tak dapat tengok sebab keje part time sampai malam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yeke..tahniah teganu menang..hihi..xpe2, kerja2, cari duit lebih..hee

      Delete
  3. rajin nye g stadium...penyokong kuat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan saya penyokong kuat teganu..saya JDT..hiks ^^

      Delete
  4. Wah, Wanie nie peminat bola sepak rupanya yer ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Zumal, mmg minat..kalau world cup sanggup tengok match yang start kul 2/3 pagi tuh..hehe

      Delete
  5. Seronok jugak g tengk bola live. terasa meriah nyee. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius! memang meriah sangat2..best sangat2..tapi yang tak bestnya xde rewind..kalau tengok kat tv kan dia ada ulang2 time gol atau dah nak gol kan..kalau kat stadium tak perasan, tahu2 dah gol!! haha.. ^^

      Delete
  6. tetiba jadi penyokong terengganu ya.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehee..tulah pasal..nasib baik menang..hehe

      Delete
  7. Lama tak tengok bola live kat stadium mcm ni... lama betul dah rasanya huhu..

    ReplyDelete
  8. lama rasa x pergi tengok live stadium ni

    ReplyDelete
  9. fuiyooo Wanie.. tengok bola tu hihi.. CT tak pernah tngk live lagi..
    tngk kat tv pun tak pernah smpai abes.. tau update result je ehehe..

    ReplyDelete
  10. bestnya..tapi sis JM minat boleh gitew2 je

    ReplyDelete
  11. sejak akak duk kelantan ni akak sokong team kelantan, heheh
    haritu akak masuk stadium free je

    ReplyDelete
  12. mana menghilangnya kawan kita sorang ni

    ReplyDelete