Monday, March 16, 2015

Awas! Hati-hati makan dan minum di luar!

Assalamualaikum

Salam Jumaat..

Tipulah kalau kita kata kita tak pernah sekali pun makan dan minum di luar, kan?
Rasanya kebanyakkan dari kita pernah..
Ok, hari ni Wanie nak berkongsi sedikit tentang 'pelaris jualan'..
Tak semua, tapi mungkin ada sesetengah kedai yang menggunakan dan meminta pertolongan atau bantuan daripada makhluk lain untuk melariskan jualannya..

Biasanya kalau orang yang ada banyak ilmu agama, atau alim, mereka akan sedar dan dapat merasai tentang kewujudan makhluk tersebut..
Tapi kita juga boleh menyedari dan mengelakkannya dengan menggunakan beberapa cara tertentu...

Antara beberapa cara yang dikongsikan oleh rakan wanie dalam group wassap..

1). Lagakan lidah di bahagian lelangit, kalau terasa geli, barulah diminum.

2). Raba bawah bekas makanan dan minuman, kalau makanan atau minuman panas tetapi bahagian bawah bekas sejuk atau sebaliknya, adalah sesuatu yang diletakkan.

3). Setelah semua dilakukan, baca selawat dan doa makan.

Sebelum ni, wanie ada juga terbaca petua atau ayat yang perlu dibaca untuk tahu kalau-kalau kedai tu ada pakai pelaris..
Tapi dah lupa pulak..
Ruginya..
So, siapa-siapa yang ada lain-lain petua dan amalan, bolehlah kongsi ye..

P/S - Rasa macam pernah kena la sebab makan dekat satu kedai tu, lepas tu asyik rasa nak pergi je..hari-hari pergi, tak tahu kenapa..pelik..tak menuduh, tapi barangkali mungkin boleh jadi..



Wassalam...

7 comments:

  1. kalau dak makan apa pun semua sedap ehehe..
    nauzubillah.. zaman serba canggih ni jgn tatau.. semua tu wujud lagi..

    ReplyDelete
  2. ya kita kena hati-hati memilih makanan di luar.. kerana masih ada lagi insan yang sebegini..

    ReplyDelete
  3. Yg ni pun da kan kat blog lma wani, lya jrg skali mkn kat luar.memg sgt brhati2.lbh selesa msk d rumah

    ReplyDelete
  4. Yang ini pun sama..entri dari blog lama..sis JM dah baca :-)

    ReplyDelete
  5. Masa akak baru pindah ke kota bharu ni. Akak sekeluarga selalu sangat makan kat restoren ni. Nak kata masakan sedap tu tak la sangat. Bila dah dengar orang kata kedai tu pakai pelaris, dah jarang sangat akak makan situ. Tak tahu la betul ke tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekadang ada yang pakai pelaris untuk melariskan kedai mereka.. bila makanan biasa2 jer tapi ramai orang mesti terpikir jugak kan apa yang orang kata..

      Delete
  6. hmmm....mcm2 skg ni...berhati2 lah...

    ReplyDelete